Sunday, April 7, 2013

Menghangatkan Cinta Kepada Rasulullah SAW

Assalamua'laikum.

Tulisan pertama untuk blog baru ini, impian saya mahu menulis sebanyak yang mungkin tentang manusia agung Rasulullah SAW. Lebih  fokus tentang : Panduan Makanan Sunnah, insyaAllah.  Teringat ketika masih belajar di Darul Qur'an Jakim Kuala Kubu Bharu dan menjadi Naqibah untuk usrah, saat paling kami rindui ialah bila masuk agenda Sirah dan pasti ada air mata yang gugur bila ada ahli usrah yang menyentuh hati dengan kisah peritnya perjuangan Rasulullah SAW, tentang tawadhuknya Rasulullah, tentang pengorbanan seorang Rasul. Di situ kita akan tahu cintanya Rasulullah SAW kepada kita melebihi cinta seorang ibu kepada anaknya!


Dalam blog ini saya akan fokuskan tentang :

1. Tips Makanan Sunnah
2. Jenis Makanan Sunnah
3. Berubat dengan Makanan Sunnah
4. Tips pemakanan sunnah
5. Keistimewaan Makanan sunnah dan makanan dari sudut sains.

Mengapa tips-tips makanan dan cara makan mengikut sunnah ini sangat penting? Jom, semak hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah pemergian Nabi ialah kekenyangan perut. Sebab apabila sesuatu kaum itu kenyang perutnya maka akan gemuklah badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalelalah syahwatnya." (HR Bukhari)

Beberapa buku sirah sempat saya semak dan dapatlah disimpulkan bahawa baginda mementingkan kualiti dan khasiat dalam aspek makanan. Baginda banyak mengambil makanan dari jenis biji-bijian, sayur-sayuran dan buah-buahan.



Mari bersama kita berusaha mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sungguh saya cukup tersentuh membaca satu hadis tetntang doa baginda sewaktu meminum susu :

" Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada susu ini, dan tambahilah susu ini untuk kami. Ini kerana tidak ada yang dapat mengatasi makanan dan minuman melainkan susu."
(HR Abu Daud)

Percayalah tiada individu yang paling prihatin berkenaan pemakanan yang halal lagi berkhasiat melainkan Rasulullah SAW.

Undur diri dulu, dengan 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
SMILE ITS SUNNAH... LET'S SMILE WITH ME


No comments:

Post a Comment